Pages

Wednesday, 12 December 2012

Tlg Ingatkan Yang Lain

‎~* Ramai LELAKI bertanya, masih adakah wanita solehah di zaman ini?
~* Dan ramai WANITA bertanya, masih adakah lelaki soleh di era ini?

Kenapa tidak bertanya, sudahkah diri sendiri BERUSAHA menjadi soleh dan solehah? Kerana jika kita sudah berusaha menjadi soleh dan solehah, maka kita akan YAKIN bahawa yang soleh dan solehah itu masih wujud..

Muhasabah diri ♥

Wednesday, 21 November 2012

Ya Allah..selamatkanlah saudara-saudaraku di bumi Palestin



Ya..Allah ya tuhanku..yang mendengar segala luahan hati hamba-hambanya, yang mengetahui kesengsaraan umatnya yang ditindas..sesungguhnya Ya Allah aku memohon kepadamu agar saudara-saudaraku di bumi Palestin terselamat dari penindasan bangsa Israel Laknatullah.

Ya, Allah kupanjatkan doaku kepadamu, berikanlah kekuatan, kesabaran dan semangat kepada saudara-saudaraku di sana untuk menentang segala kekejaman dan kejahatan yang dilemparkan kepadanya. Ya Allah kau berikanlan balasan yang setimpal kepada bangsa bangsa yang cuba membantu manghancurkan islam. Kutitipkan kesedihan setiap kali melihat anak kecil , wanita dan orang tua yang tidak berdaya dibedil..Apakah dosa mereka..Ya..Allah kau satukanlah hati kami, umat islam sedunia untuk mebantu saudara-saudara kami,berikanlah jua kami kekuatan untuk membantu mereka yang ditindas yahudi.Sesungguhnya Ya, Allah, janganlah engkau palingkan hati kami dari mengkhianatimu dan melupakan kebesaranmu, sesungguhnya, engkaulah yang menciptakan kami, dan engkau jualah yang berhak ke atas kami.

Selamatkanlah BUMI PALESTIN, SAUDARA-SAUDARA ISLAMKU DI SANA. MUSNAHKANLAH BANGSA YAHUDI LAKNATULLAH DAN YANG BERSEKUTU DENGANNYA...Selamatkanlah BANGSAKU,AGAMAKU......ISLAM.. ALLAHHUAKHBAR.........


Monday, 19 November 2012






Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.
Semangat Hijrah ini bukan sahaja ketika menyambut 1 Muharram tetapi ia seharusnya merupakan jalan panjang yang seharusnya dilalui oleh setiap muslim. Peristiwa Hijrah ini mempunyai seribu satu pengajaran. Bersama kita memperingatkan diri betapa Islam itu datang dengan semangat perpaduan. Islam tidak pernah mengasingkan atau datang dengan sistem 'kasta' dalam kehidupan. Semua manusia itu sama yang membezakan mereka hanya ilmu dan amal.
Ingatlah !! Sejarah Hijrah Rasullullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar yang sememangnya berlainan latar belakang malah agama. Tetapi dengan semangat memperjuangkan kebenaran maka dua kaum ini bersatu.
Marilah bersama kita memuhasabah diri bahawa apa yang kita peroleh atas hasil di dunia ini hanyalah setitis daripada rahmatNya yang dituang dalam hati kita. Begitu juga kegagalan dan musibah yang berlaku adalah supaya kita lebih dekat kepadaNya dan bergantung sepenuh pengharapan setelah sebelumnya kita berasa gagah dan hebat menguasai medan kehidupan. Sesungguhnya amalan memuhasabah diri  adalah lebih baik daripada ibadat sepanjang malam dalam keadaan hati dibiarkan lalai.



" AHLAN WA SAHLAN 1434H "
Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan taufik dan hidayah bagi membuka lembaran baru kehidupan dan penghijrahan ke arah keredhaanNya.. InsyaAllah

Monday, 12 November 2012

Monolog Sekeping Hati: Menulislah Kerana Allah S.W.T


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W dan keluarganya.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sebentar tadi saya membaca entri-entri di sebuah blog yang baru saya temui hasil carian di Google mengenai ayat-ayat Al-Quran.

Sangat menarik isi kandungan blog saudara Yaqut Hulaif. Hati terkesan dengan sebuah entri yang bertajuk "Menulislah Kerana Allah: Penyentap Iman".

Entri ini memberi satu suntikan semangat baru dalam meneruskan penulisan walaupun gaya bahasa yang entah apa-apa. Hendak berdakwah tidak pandai dan arif dalam hal-hal agama. Jadi, diri ini sekadar menulis apa yang termampu. Apa yang penting ialah "Menulis kerana Allah."

Hati sangat suka dengan persamaan yang dibentangkan di dalam entri saudara Yaqut Hulaif:


Artikel menarik = sentuhan gaya bahasa mantap + penyusunan ayat/membuat persamaan + gambar dengan captionbersesuaian.



Baca + baca + baca dan tulis = Artikel agung



Penulisan - Pembacaan - Penyampaian /Perkongsian = Dakwah Islam terus berjalan.


Setelah memahami dan menghadam persamaan-persamaan ini, saya rasa begitu lemah sekali dalam menulis sesuatu yang bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang membaca entri di blog ini.

Mungkin kerana kelemahan pengetahuan saya mengenai Islam? Atau hati saya ini sudah gelap dan kelam dengan dosa-dosa?

Teringat dengan kata-kata Pn Wan semasa Bengkel Membangun Penulis Muda. Beliau meminta para penulis untuk menulis sesuatu karya yang bermesejkan dakwah Islam.

Saya kurang pasti mampukah saya menghasilkan karya/hasil penulisan seperti sahabat-sahabat saya dan penulis dakwah yang hebat?

Saya patut bertanyakan kondisi iman saya sekarang.

Upgrade tadarus...instal sabar....delete dosa....search pahala....upload qiamulail......download rahmat k do the best!!! 4r next year selamat menyambut maal hijrah 1434h kullu 'amin waantum bikhair....sje ckp aWl....ready awl2 eh assalamualaikum!!! :)

Tuesday, 6 November 2012

Sebab-sebab pelajar biasa tak suka pengawas

Pengawas dan pelajar sekolah adalah dua entiti yang kebiasaannya tidak seia sekata sehati berdansa serasi bersama. Sebagai rakyat Malaysia sudah pasti aku pernah bersekolah dan terpaksa menghadapi kehidupan bersama entiti bergelar pengawas. Pergh ayat macam scary the mary.


Semasa di sekolah rendah, aku biasa-biasa sahaja dengan geng pengawas kerana biasalah semua pun budak-budak kecil hati suci belaka. Tetapi bila dah naik sekolah menengah, welcome to the real world. Masa ni kawan-kawan yang dapat title pengawas dah pandai tunjuk taring menyebabkan ramai rakyat biasa rasa sakit hati dan memupuk perasaan tidak suka pada mereka. Untuk pengetahuan anda, aku juga pernah menjadi pengawas tapi setahun sahaja kerana tidak suka dengan sikap rakan-rakan yang berada dalam team pengawas kerana lebih ramai yang hipokrit berbanding yang benar-benar suci. Maka kerana perasaan sakit hati dan rasa ditindas, pengawas adalah golongan yang sering diumpat dan dikeji. Ayuh kita lihat sebab-sebab pelajar biasa tak suka pengawas.


1) Bajet bagus
Mereka yang terpilih menjadi pengawas biasanya mempunyai perasaan diri lebih bagus dari orang lain. Titik. Ya. Itu sahaja yang datang dalam fikiran mereka dan tidak ramai yang sedar ia datang dengan satu tanggungjawab yang besar. Apabila perasaan bajet bagus mendominasi diri, mereka mula memilih kawan. Perhatikan persekitaran anda. Kebiasaannya pengawas cuma berkawan dengan pengawas sahaja dan mungkin sebilangan kecil sahaja yang mengekalkan persahabatan dengan mereka yang bukan pengawas. Kalau yang ini budak lelaki aku tak nampak sangat. Tapi kalau budak perempuan memang jelas dan nyata. Selain itu, kerana sikap bajet bagus yang tersemai dan dibaja secara konsisten, mereka kadang-kadang bersikap lebih sudu dari kuah. Dalam bahasa mudah, tindakan mereka mengalahkan guru-guru yang ada.



2) Sombong dan besar kepala
Segelintir dari geng pengawas mempunyai sikap sombong yang terus terang aku sebagai cikgu pun menyampah rasa nak bagi sedas dua. Selain sombong dengan mereka yang bukan pengawas, mereka juga sombong dengan guru-guru yang bukan dari lembaga disiplin atau mana-mana guru yang kerap berurusan dengan pengawas.

Ada suatu ketika aku memanggil seorang pengawas yang juga Penolong Ketua Pengawas dan memberi penerangan tentang perubahan perhimpunan memandangkan aku guru bertugas dan pengetua dah bagi teguran. Dia datang jumpa aku bersama kawan dia yang ada title pengawas jugak. Aku pun lepas dah briefing bagai dan minah tu pun angguk-angguk so aku anggap dia faham dan akan buat. Sekali bila time perhimpunan haram dia tak buat dan tak pasal-pasal pengetua tegur sekali lagi. Bila aku panggil kawan dia yang teman masa time aku panggil tu, budak tu cakap, minah Penolong KP tu cakap tak payah buat apa yang aku cakap sebab aku bukan cikgu disiplin dan bukan cikgu protokol. Sumpah aku maki berbakul-bakul dalam hati.

Nampak tak betapa sombong dan besar kepala perangai. Kalau aku dan cikgu-cikgu biasa ni minta tolong pun dia buat halai-balai (bena tak bena) saja tapi kalau warden, cikgu disiplin tak cukup kaki tangan dia nak tolong. Kalau dengan cikgu pun dah tunjuk lagak, inikan pula dengan kawan-kawan yang bukan pengawas.



3) Suka mencari kesalahan
Sukacita aku nak tekankan di sini, tugas pengawas bukan mencari kesalahan macam cikgu bahasa marking esei pelajar. Kalau dah nampak salah baru tegur atau rasa nak ambil nama, ambillah. Kalau dah kena ambil nama, jangan lupa bagi tau mak bapak masing-masing sebab kena pi Jabatan Pendaftaran buat nama baru. Ok, tak lawak.
Pengawas ni ada sebahagian besar yang suka mencari salah orang. Kadang-kadang benda yang kita buat tak salah tapi dia akan argue untuk buktikan kita ni memang bersalah dan panggil Karpal Singh pun dia hebat lagi. Zaman aku belajar dahulu memang ada geng pengawas yang sentiasa duk mengekor budak-budak nakal termasuklah aku sampai aku pi tandas nak terberak pun dia ikut. Gila kuasa tahap dewa ingat boleh menang award kalau dapat listkan kesalahan orang paling banyak. Untuk aku kalau dah nampak barulah tegur. Ini dah mengalahkan perisik. Dah tu kalau sekali kita buat salah sampai kiamat dia kata kita bersalah bukan jenis nak bagi peluang. Apa dia ingat dia pengawas dia maksum? Kadang-kadang pengawas lain yang tangkap kita, tapi pengawas-pengawas lain yang tunjuk lagak dan mula nak mengungkit kesalahan lepas walaupun yang dah lepas tu dah dihukum.



4) Memperbesarkan benda remeh
Hanya sebilangan kecil pengawas yang ada sikap toleransi dan boleh maafkan kesalahan pertama. Yang lain kebanyakkannya memang jenis mengamalkan konsep tak-ada-maaf-bagimu. Pengawas-pengawas sekalian, anda diberi jawatan pengawas untuk menjaga kerukunan sekolah di samping mengurangkan beban guru disiplin. Maka benda-benda remeh belajarlah selesaikan sendiri tak perlu guna emosi dan mengungkit itu ini. Kadang-kadang sebab nampak dua orang pelajar tak pakai sarung kaki pergi dewan makan semua pelajar perempuan dipanggilnya sampai terganggu waktu tidur dan rehat aku. Kan lagi baik hang panggil budak dua orang tu dari duk ganggu yang lain-lain. Pulak tu siap announce nama yang buat salah atau kalau tak announce pun dia sindir-sindir sampai semua orang tahu siapa. Sebab tu lah aku sebagai pelajar biasa tak ada jawatan cukup meluat dengan pengawas-pengawas ni kerana perangai dan sikap mereka yang konon macam lindungan kaabah.


5)Mengadu domba
Mengadu domba adalah perbuatan yang keji tapi inilah amalan dalam kebanyakkan geng pengawas. Point ini sebenarnya relate dengan point keempat. Kalau kes curi, gaduh, tak sembahyang atau tak puasa bolehlah nak mengadu. Ini setakat benda kecil lewat naik riadah pun nak bising. Ada kawan aku dulu yang pengawas yang aku senang dengan perangai dia. Kisahnya aku dan kawan-kawan aku suka gila berriadah dan selalu lewat naik berbanding yang lain. Kalau pengawas lain sudah pasti aku tak ada nama dan berkemungkinan didenda oleh warden. Tapi pengawas yang kawan aku ni chill sahaja kerana dia tahu walaupun aku lewat naik dorm tapi aku turun makan dan pergi sembahyang on time. Ini kalau tak boleh dapat nama orang buat salah bersiap sedia di perhimpunan anda akan diminta tunggu cikgu nak jumpa. Bukan apa, kalau aku naik awal pun bukan boleh aku pi mandi terus sebab ramai gila beratur sebab masing-masing baru naik.



6) Cakap tak serupa bikin
Pengawas adalah antara manusia yang paling banyak putar belit. Macam pemimpin yang ada hari ni. Banyak sungguh putar belit atau cakap tak serupa bikin. Depan kawan cakap lain belakang kawan cakap lain. Ini satu kisah benar. Seorang pengawas lelaki telah terajang seorang pelajar biasa kerana pelajar biasa itu tak dengar arahan yang diberikan. Awal-awal lagi dah tunjuk perangai macam neraka sebab orang tak dengar arahan pun sampai diterajang. Hang tak dengar cakap mak pak hang ada mak pang hang terajang ka? Okey, sambung balik. Dah diterajang yang bukan pengawas balas dan kemudian si pengawas ni balas lagi dan si ketua pengawas datang leraikan. Oleh kerana dah jadi 2-1, pengawas score 2, si bukan pengawas bubuh satu kali saja, setelah dibincangkan maka dua-dua pihak setuju tak payah panjangkan cerita maklumlah sebelum tu dah ada kena buang, batch pengawas tu jugak. Tetiba esok tu budak biasa kena panggil dan si ketua pengawas mulut macam haram tu pi report padahal konon sebelum tu dia yang nasihat tak oayah panjangkan pada cikgu. Sumpah aku maki secara live. Tak ada lagi mencarut ringan atau di dalam hati.




Kalau nak cerita semua perkara yang menyebabkan pelajar biasa tak suka pengawas, mungkin tujuh hari tujuh malam pun tak habis. Contoh paling mudah kalau pergi prep semua pelajar kalut macam lipas kudung tapi pengawas rileks saja sebab kalau cikgu tanya kenapa lambat skema jawapan dah ada - saya pengawas bertugas. Aku macam nak mencarut saja sebab pernah sekali aku jadi guru bertugas dan tengok mereka yang lewat ke prep lebih ramai pengawas dari pelajar biasa. Bila ditanya itulah jawapan yang aku terima dan macam tak logik satu hari dekat 10 orang pengawas bertugas. Tapi aku bukan jenis manusia yang nak besarkan benda kecil. Tak perlu nak gelapkan masa depan orang lain kerana kesalahan kecil yang aku rasa lebih elok aku berikan teguran dan esok-esok dia buat lagi baru aku ambil tindakan.

Aku tahu entri aku beremosi tetapi apakan daya, aku bukan heartless. Aku memang dilahirkan punya perasaan dan kalau tak puas hati, buatlah entri balas. Hahaha. Aku tak marah pengawas yang ambil tindakan bila aku bersalah tapi aku benci pengawas yang ambil tindakan yang aku sendiri tidak jelas dengan salah aku atau dia memang sengaja nak salahkan aku. Aku sendiri pening dengan ayat aku. Mampoih pi lah. Sebagai seorang pelajar biasa di zaman aku bersekolah, aku berhak menzahirkan ketidakpuasan hati aku supaya pengawas yang ada hari ini bersikap mulia dan tak perlu nak tunjuk lagak. Percayalah, kami tak minta anda jadi sporting, kami cuma minta anda ada sikap tolak ansur dan tidak mengadu domba. Yang mana anda boleh selesaikan, sila selesaikan dan dari situ kami nilai kredibiliti anda sebagai pengawas yang layak dihormati.

#teringat : Darjah Satu


Sewaktu saya berada di darjah satu dahulu, saya memang skema. Terlampau skema. Ke mana-mana pun mesti bawa bersama sapu tangan yang ada corak kartun. Saya memang kuat berhingus pada waktu pagi. Sejak dari kecil lagi. Sebabnya banyak, mungkin alah atau mungkin suka tidur lewat. Kelakar.

Saya dahulu kecil sahaja. Rendah teramat. Budak-budak lain adalah juga badan besar, tinggi. Rasanya memang saya sahaja yang kecil. Dalam kelas 1 Gigih itu pun memang saya paling kecil rasanya.

Dapat 100% untuk peperiksaan pun rasanya sekali sahaja untuk Matematik. Seingat sayalah. Setakat membaca saya memang bolehlah waktu itu. Alhamdulillah. Mak yang ajar. Terima kasih, mak!

Bahasa Inggeris rasanya memang saya terlampau lemah waktu itu. Ada soalan suruh letak "The", "A" dengan "An" dalam tempat kosong. Selepas itu ada contoh sekali dia bagi. Jadi adalah perkataan "e.g" di situ. Macam biasalah. Tidak mungkin anda sendiri tidak faham maksud dua huruf itu. Tidak faham juga? Example-lah. Kelakar.

Yang paling tidak tahan, saya pun isilah perkataan "e.g" dalam tempat kosong yang ada. Cikgu datang tengok-tengok. "Salah ni." Baik betul dia. Terima kasih cikgu. Sudah padam pun semua tempat kosong yang ada diisi dengan "e.g" namun, masih tidak dapat letak jawapan yang betul. Akhirnya, dapatlah keputusan kertas Bahasa Inggeris dengan markah yang sekadar lulus yang saya sudah tidak ingat berapa. Haru.

Saya pernah rotan budak. Rotan kawan sekelas dengan bulu ayam (pembersih habuk). Itu pun, saya telah dilantik menjadi ketua kelas oleh Puan Sarina, cikgu kelas 1 Gigih. Tiba-tiba sahaja dilantik jadi ketua kelas. Saya disuruh menggantikan tempat budak lelaki yang bernama Superman (bukan nama betul). Kata cikgu, budak tersebut tidak menjalankan tugas.

Kisah rotan ini pula, memang kisah yang betul. Saya rotan penolong saya sendiri. Ain Aqilah nama dia! Masih lagi berhubung sampai sekarang. Sebab apa saya rotan dia? Sebab dia tidak menjalankan tugas jadi, saya pun rotan dia. Asyik tidur sahaja kerja dia.

Sampai menangis rasanya dia, saya rotan. Yang paling saya rasa susah adalah apabila saya disuruh menjaga kelas dan menuliskan nama siapa yang ada membuat bising sewaktu guru tiada. Memang menyusahkan. Malas betul rasanya.

Muntah. Saya memang asyik muntah sahaja waktu kecil. Entah sebab apa pun tidak tahulah. Sejak dari zaman tadika lagi. Suatu hari saya pening kepala dan minta untuk tidur di dalam kelas. Cikgu pun izinkan. Bangun daripada tidur, saya termuntah. Habis. Malu. Kawan yang duduk di sebelah nama dia Haziq. Cikgu kata, "Haziq, ada sapu tangan? Bagi Khair pinjam dahulu." Budak itu pun dengan teragak-agak bagi pinjam 'sapu tangan Jepun' dia. Kasihan betul dia. Saya ingat lagi budak baik ini. Dia kalau ke sekolah agama selalu pakai baju melayu teluk belanga, tinggal dekat jalan Jenjarum. Sekarang sudah tidak jumpa dia lagi. Sudah pun ke mana entah.

Muntah lagi. Kali ini di tapak perhimpunan. Seorang ustaz yang rasanya ada rupa mamak datang tolong saya. Dia angkatkan beg saya. Saya pun seharian tidur di bilik sakit pada hari itu. Selepas terbangun, sudah berbunyi loceng tanda sesi persekolahan sudah berakhir. Saya teringat tentang beg sekolah saya yang berwarna hijau coklat dan biru tersebut. Saya cari ustaz tersebut dan akhirnya jumpa dia di dalam kelas budak-budak darjah enam tidak silap.

Macam nak menangis. Terdengar ada yang ejek, "Baby, baby.". Memang rasa nak menangis. Selepas ambil beg, saya terus balik.

Siapa lagi kawan sekelas dalam 1 Gigih ya? Tidak berapa ingat. Adlina Aina sahaja yang saya ingat. Dan yang telah disebutkan di atas tadi. Muka Puan Salina pun saya sudah tidak ingat macam mana rupa.

Demikianlah kisah darjah satu saya. Bukan main gembira sebenarnya sewaktu dapat naik ke darjah satu. Zaman kanak-kanak memang indah. Buat perangai kanak-kanak pun tak akan kena marah punya. Kalau sekarang, jangan mimpilah.

Thursday, 4 October 2012

TERUSKAN PERJUANGAN LAGII...

Tahniah SAMTEN ....(sebenarnya saya cuma tumpang gembira je !!!! ...rasa teringin pulak nak mewakili negeri suatu hari nanti insyaalah.)kamu semua telah mengharumkan nama sekolah
-
-
-
-













-

GO GO GO PMR !!!! SAMTEN MUST BE THE BEST



wahai pahlawan-pahlawan pelajar PMR di samten sekalian, adakah kamu semua sudah bersedia untuk bertempur di medan peperangan ? sudahkan anda sudah melakukan persiapan terakhir ? jangan risau. PMR boleh dikatakan senang je.Tapi!!! jgn sia sia kan usaha kita selama ini,kita mesti membawa hadiah yang bermakna untuk ibu bapa kita  . haha :D I'm wishing you all the best. top notch to all PMR's candidates out there. Straight A's in hands ! amin ^_^



KAMI PERGI DENGAN HARAPAN,KAMI PULANG DENGAN KEJAYAAN!!!!!!!!(TERUTAM PELAJAR SAMTEN)

Sunday, 23 September 2012

my best friend


Saturday, 22 September 2012

Kerdilnya Diri Ini


Subhanaallah. Maha Suci Allah yang menciptakan segala kejadian dengan kuasa-Nya yang tidak terjangkau dek akal fikiran manusia.

Betapa indahnya ciptaan-Mu wahai Tuhanku. Betapa hebat kuasa-Mu. Sesungguhnya aku amat bersyukur kerna Kau memberi peluang kepada diriku yang hina ini untuk merasakan betapa hebatnya anugerah-Mu yang tidak pernah aku sedari selama ini. Sungguh takjub aku rasakan apabila mengetahui kehebatan dan mukjizat Al-Quran itu. Tidak pernah aku sangka susunan surah-surah Al-Quran membentuk kalimah ALLAH dan MUHAMMAD. Subhanallah! Ajaib sungguh susunan surah-surah Al-Quran. Mengalir airmata ini semasa aku menyaksikan bukti-bukti kehebatan-Mu, Ya Allah. Tidak tertahan rasanya sebak di dada.Aku berasa amat kerdil sekali. Betapa hina dan dangkalnya aku selama ini.

Benar kata-kata Prof. Madya Dr Afif Haji Kosmo. Selama ini aku hanya membaca Al-Quran untuk mendapatkan pahala bukannya ilmu. Bodoh sungguh aku tidak mengkaji isi-isinya. Masih tidak terlambat rasanya untuk aku mula membaca dan memahami tafsirannya. Insha Allah akan aku cuba sedaya upaya untuk mendapatkan ilmu-Nya. Mungkin akal pemikiran aku cetek untuk memahaminya tapi akan aku usahakan demi mendapat keredhaan Ilahi.

Segala bukti-bukti yang dibentangkan oleh Prof Madya Dr Arif sangat kuat untuk menangkis segala tomahan orang-orang kafir. Sesungguhnya Al-Quran itu kalam Allah. Segala-galanya ada di dalamnya. Kasihan sungguh aku kepada insan-insan yang murtad. Betapa ruginya hidup mereka. Benarlah IMAN tidak boleh diwarisi. Semoga Allah menetapkan hatiku dengan Islam selama-lamanya dan tidak membolak-balikkan kepercayaan aku terhadap agama yang dibawa oleh Rasul-nya. Amin.


Ceramah ‘Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam AL-Quran’ sangat bermakna untuk diri ini yang lemah yang tidak pernah lari dari bertanyakan soalan-soalan yang tidak sepatutnya ditanya. Tetapi hari ini aku yakin dan pasti ISLAM itu agama yang benar. Ucapan syahadah kali ini lebih bermakna dan lebih bersungguh-sungguh. Terima kasih Ya Allah kerna membuka pintu hati yang selama ini tertutup rapat. Semoga pelajar-pelajar SMA Nilai turut merasakan apa yang aku rasakan tadi.

Harap aku diberi peluang untuk mendengar ceramah yang sehebat tadi selepas ini. Insha Allah.

Friday, 21 September 2012

Aku Hanya Manusia Biasa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W dan keluarganya. 

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Hanya sekadar luahan hati sahaja. 


Selalu terfikir-fikir selepas habis kelas.


"Kenapa aku marah-marah budak-budak (pelajar) ni? Dah cakap kat diri jangan marah-marah. Cool je."



Setiap kali masuk kelas mesti pesan dengan diri supaya jangan naik angin, marah-marah. Istighfar bila rasa-rasa nak naik angin atau lebih baik diam sahaja.



Tapi end up marah juga pelajar.



Bukan sengaja atau suka-suka hendak marah tapi mengenangkan masa depan mereka, terpaksa guna metod ini dengan harapan mereka sedar kesilapan mereka. Sudah pasti metod yang saya gunakan salah. Tapi saya hanya manusia biasa yang punyai emosi. Bukan mudah untuk saya mengawal perasaan seperti orang lain. Saya tidak seperti seorang sahabat saya yang sudah berjaya menjadi guru. Pandai dan bijak mendekati pelajarnya supaya mereka sayang kepada dia. Saya masih lagi bertatih untuk menjadi seorang guru. Bila ada orang yang memandang rendah kepada guru, enggan mendengar apa yang disuruh lakukakan rasa seperti tidak dihargai.

Acap kali learning objective saya tidak kesampaian. Silap saya juga, sesi P&P membosankan. Saya sebenarnya sudah menyediakan aktiviti yang menarik yang hendak dilakukan semasa sesi P&P tetapi selalu sangat tidak menjadi atau tidak sempat untuk dijalankan.

Seperti yang sering saya baca statusnya mengenai guru harus melihat pelajar itu seperti kain putih. Jangan hanya kerana setompok kotoran, seluruh kain putih itu diabaikan.

Mungkin saya tidak layak menjadi GURU atau lebih tepat PENDIDIK.




(I wonder, should I change my profession?)

Wednesday, 19 September 2012

Sahabat & Makna Persahabatan


Makna utk sebuah perhabatan .......khas untk sahabat saya 
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..
Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..
RENUNGILAH…
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.

Thursday, 6 September 2012

Berdiam diri lebih baik dari berkata-kata kosong



Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Didunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t.Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersuah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepadaorang
6. Istirehat bagi kedua malaikatpencatat amal
7. Menutupi segala aibHadis-hadis Rasullullah mengenaikelebihan diam yang bermaksud:
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.Dan barangsiapa yang banyak dosanya,nescaya neraka lebih utama baginya"(Riwayat Abu Naim)
"Barangsiapa yang beriman kepada Allahdan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (RiwayatBukhari & Muslim)
"Barangsiapa diam maka ia terlepasdari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)
BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP. MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH,TIDAKSALAH.YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A,Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat... "Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu ... kerna senyum itu adalah satu sedekah ..Insya'AllahWasalam... .


daripada :cetusan pena

Kenali Potensi Diri



Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap hambaNya akan dikurniakan kelebihan dan kebaikan yang berbeza dan bertahap. Justeru, perlu bagi kita untuk mencari kelebihan dan kebaikan itu untuk dimanfaatkan. Samada untuk diri sendiri atau kepada manusia yang berada di sekelilingnya.
Demikianlah juga dengan potensi diri yang ada pada diri. Perlu digali dan dikaji. Semakin ia dikaji maka semakin pula kita mudah mengenali dan memahami diri kita sendiri. Semakin kita memahami diri sendiri, insyaAllah kita akan dapat membantu insan di sekeliling kita untuk mengetahui dan mengenal potensi diri mereka pula. Seterusnya akan dapat mengubah diri kita dan orang lain ke arah yang lebih baik.
Kesimpulannya, berjaya atau tidak terletak pada diri sendiri berserta dengan izin daripada Allah SWT. Seandainya potensi diri sendiri diyakini dan disertai dengan kegigihan tanpa mengenal erti susah payah, kejayaan yang didambakan pasti menjadi kenyataan. Demikianlah pepatah arab ada mengatakan,
"Sesiapa yang bersungguh-sungguh, maka dia akan berjaya"
Wallahua'lam.

Wednesday, 15 August 2012

DIMANA ARAH TUJU AKU????



Kadang2 saya terasa nak mengeluh,kadang dah mengeluh..fikirkan kenapa, kenapa tak habis-habis..mencari sebab kenapa..kenapa berlakunya peristiwa2 itu ini dalam hidup..sebab selagi tak berjumpa sebabnya saya akan terus berfikir dan fikir..sebab setiap apa yang berlaku pasti ada sebab,dan hikmah di sebaliknya..Selagi tak berjumpa sebabnya,saya terus2 fikirkan tentangnya..penat juga kadang2 tu..:senyum:..

Bila saya dengar tazkirah Ustaz Pahrol Juoi tentang Tujuan Hidup..membuatkan saya terfikir..adakah arah,tujuan hidup saya dah tercapai..saya rasa masih belum..ok..tapi adakah hidup saya dah terarah ke jalan yang betul,jalan yang benar..tidak akan tersasar..

Sibuk-sibuk berfikir tentang sudahke belum mencapai sasaran tujuan hidup ini,tapi terlupa yang lebih penting adakah arah hidup itu dah betul..bila arah dah betul,hala tuju yang betul,tidak kiralah apa hasilnya,Allah tidak akan melupakan yang kita pernah berusaha ke arah itu..

Berjalan ke arah itu..
Jika seseorang berdakwah,namun masih tak berjaya memperbaiki orang di sekitarnya..jangan kata asyik menyalahkan orang tidak mendapat hidayah..boleh juga cara kita tidak tepat,tidak berjaya untuk sampai mesej yang ingin disampaikan,untuk mempengaruhi orang lain..

Jadi dengan menggunakan daya yang maksimum,kebolehan yang ada pada diri,kita cuba menggunakan pelbagai cara,alternatif dalam usaha kita..mudah-mudahan dengan sifat kita yang tidak mudah mengalah itu dengan izin Allah mereka akan terpukul jua dan kembali kepada fitrah Islam..

Menghambakan diri
Kita kena sentiasa rasa berdosa..dengan perasaan sebegitu menguatkan kehambaan kita,kebergantungan kita kepada Allah..yang kita sentiasa mengharapkan keampunan dari-NYA..Sedangkan Rasulullah yang maksum itu banyak bertaubat,inikan pula kita yang tidak lepas2 melakukan dosa..

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali" (Hadis Riwayat Muslim).
Apa-apa pun, jangan putus asa..pengharapan dan ketakutan itu perlu selaras dan seimbang..

Peringatan kepada diri saya..supaya sentiasa terus-menerus berjalan ke arah tujuan hidup yang betul dan tidak berputus asa.. -)

Never ever give up.....

Sunday, 5 August 2012

puasa ...........la


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah... Hari ini ialah 1 Ramadan..
Hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam..
Saya ingin mengucapkan,

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN
SELAMAT BERPUASA
MARILAH KITA..
PENUHI BULAN INI DENGAN AMAL IBADAH
UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN-NYA
IKHLAS HANYA KERANA-NYA  

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: 
"Apabila masuk bulan Ramadhan,  terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)".
 -Hadith sahih riwayat Muslim-

peperiksaan

Isnin ni nak periksa pertengahan tahun. Berdebar jugak sebab ada yg belum hafal lagi. Form saya (yakni form1) periksa agak berbeza drpd form lain. Kami periksa dlm dewan. Macam periksa besar pulak lah gayanya. Cikgu kata kami periksa dlm dewan sebab kami dah tak akan rasa lagi pmr. Yalah, kan dah diganti dgn PBS (pentaksiran berasaskan sekolah).

  Saya ok je kalau tukar. Mungkin adalah kebaikan yg tersembunyi di sebalik pbs tu.. Tapi kena serius belajarlah dlm kelas. ibaratnya... kalau ilmu nak datang, malas kena pergi. Yang sifat malas ini AGAK sukar saya nak kikis dalam diri ni. Tapi, insyaALLAH saya akan berusaha utk lakukan yg terbaik dlm pbs.

  Hai... dah melalut sampai ke pbs pulak. Berbalik kpd peperiksaan yg bakal menjelang. Saya risau sebenarnya. Banyak lagi yg blum di ulang kaji. Sekarang ni baru dua buku yg dah diselak. Bukan disettlekan. Dua buku tu pun, tahu-tahu je lah.. mata pelajaran yg periksa hari pertama. Yang lain masih belum disentuh. Hihi.. teruk betul saya ni. Tapi insyaALLAH saya boleh settlekan semuanya. Risau jugaklah. Gementar, cuak, gerun, berdebar, semuanya bercampur dalam sekeping hatiku ini.

Moral value dalam kisah ni ialah, janganlah kita suka menangguh walaupun kerja itu senang, kerana kita akan menanggung kerja itu dengan susah di kemudian hari. Ini adalah pesanan kepada anda dan warning! kepada diri saya sendiri..

~Terima Kasih sebab sudi Baca~

Wednesday, 25 July 2012

Hmmm biarlah ia rahsia

Asssalamualaikum..

 Sebenarnya, saya ada **** 10% pada seseorang. Tapi saya pendamlah. Tak nak share rahsia ni dengan sesiapa. Setiap hari saya nampak dia. Dia form *. (Yang pasti sama  umur dengan saya).

 Tapi, adalah satu rahsia ni...

tulis password kalau nak tau rahsia..........

Pengajarannye ialah

Moral value..
Jadi, bagi sesiapa yang nak berjaya dalam pelajaran, cubalah elakkan 'puppy love'. Kita memang tak boleh mengawal perasaan 'suka' kita, kerana itu datang daripada Allah. Tapi, kita boleh mengelakkan daripada ber'couple'. Biarlah perasaan itu tersemai sendiri, jangan menyemaikannya atau disemai olehnya..=)
(khas untuk pelajar sebaya saya..)

p/s: Sorry kalau ada ayat yang berbelit-belit.. Kalau ada yang tak faham, rajin-rajinlah mengomen. Tapi, yang bertanda* tu saya malu nak taip..=P. Sesiapa yang tak boleh tangkap apa yang saya maksudkan.. Sorry ye... Saya ta berhasrat nak terangkannya... (Tapi saya yakin kau orang boleh catch-up maksud saya)

SEKOLAH KU SAM 10


Nama sekolah kami Sekolah Agama Menengah Hulu Langat yang lebih dikenali sebagaiSAMTEN. Walaupun kami baru menjadi warga samten tahun ini, namun kami sayangkan samten kerana di sinilah tempat kami menuntut ilmu.
                                           
                                               
Sejarah Pertubuhan Sekolah
Dibuka pada 1 Januari 1983 dengan menumpang di Sekolah Rendah Agama Batu 10 selama setahun. Penubuhan sekolah ini adalah di atas permintaan ibu bapa di sekitar kawasan Cheras yang menginginkan anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dalam bidang agama. Pengambilan pelajar hanya 70 orang sahaja iaitu 2 kelas tingkatan 1 kerana bilangan kelas terhad serta tenaga pengajar yang terdiri daripada hanya 4 orang guru sahaja iaitu Ustaz Abd Manaf b Rofaie , Ustazah Jamaliah bt Mustapha , Cikgu Joseph dan Cikgu Siti Zubiadah bt Abu Suhot.
      Pada tahun 1984, Sekolah Agama Menengah Hulu Langat telah berpindah ke Sekolah Rendah Agama Batu 9 kerana pertambahan pelajar yang meningkat walaupun dalam keadaan yang masih kurang selesa untuk pengajaran dan pembelajaran disebabkan keadaan persekitaran yang bising dan sibuk.
       Berdasarkan sambutan yang diberikan oleh masyarakat dan ketiadaan sekolah agama peringkat menengah di daerah ini, kerajaan Negeri Selangor melalui melalui Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) telah mempercepatkan pembinaan sekolah dengan peruntukan sebanyak RM5 juta. Kerja pembinaan bermula pada tahun 1986 dengan pembinaan 2 blok bangunan sekolah ,dewan dan asrama di tapak berbukit dengan lanskap yang menarik. Kerja-kerja pembinaan siap pada tahun 1991 setelah tergendala selama beberapa tahun. Peringkat awal pentadbiran sekolah adalah di bawah pentadbiran ahli Lembaga Pengelola Sekolah iaitu di bawah kelolaan Ustaz Abd Manaf b Rofaie. Logo dan lencana sekolah telah direka atas inisiatif seorang guru berilhamkan idea negeri Selangor.
      Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran ( SRP ) bermula pada tahun 1985 dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) menyusul 2 tahun kemudian iaitu pada tahun 1987 . Pada peringkat awal, sekolah ini tidak memberi saingan yang kuat kepada sekolah-sekolah lain di daerah ini tetapi pencapaiannya semakin meningkat dari tahun ke tahun dan bilangan pelajar juga semakin bertambah.
      Hari ini , dengan kepadatan jumlah pelajar hampir 900 orang bersama barisan tenaga pendidik berjumlah 60 orang , SAM Hulu langat terus melangkah ke hadapan memacu dan mengungguli kecemerlangan demi kecemerlangan hingga ke peringkat kebangsaan samada dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sehingga tersenarai sebagai 5 buah sekolah terbaik JAIS dalam negeri Selangor daripada 25 buah sekolah yang lain.

 Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".
Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi