Pages

Saturday, 22 September 2012

Kerdilnya Diri Ini


Subhanaallah. Maha Suci Allah yang menciptakan segala kejadian dengan kuasa-Nya yang tidak terjangkau dek akal fikiran manusia.

Betapa indahnya ciptaan-Mu wahai Tuhanku. Betapa hebat kuasa-Mu. Sesungguhnya aku amat bersyukur kerna Kau memberi peluang kepada diriku yang hina ini untuk merasakan betapa hebatnya anugerah-Mu yang tidak pernah aku sedari selama ini. Sungguh takjub aku rasakan apabila mengetahui kehebatan dan mukjizat Al-Quran itu. Tidak pernah aku sangka susunan surah-surah Al-Quran membentuk kalimah ALLAH dan MUHAMMAD. Subhanallah! Ajaib sungguh susunan surah-surah Al-Quran. Mengalir airmata ini semasa aku menyaksikan bukti-bukti kehebatan-Mu, Ya Allah. Tidak tertahan rasanya sebak di dada.Aku berasa amat kerdil sekali. Betapa hina dan dangkalnya aku selama ini.

Benar kata-kata Prof. Madya Dr Afif Haji Kosmo. Selama ini aku hanya membaca Al-Quran untuk mendapatkan pahala bukannya ilmu. Bodoh sungguh aku tidak mengkaji isi-isinya. Masih tidak terlambat rasanya untuk aku mula membaca dan memahami tafsirannya. Insha Allah akan aku cuba sedaya upaya untuk mendapatkan ilmu-Nya. Mungkin akal pemikiran aku cetek untuk memahaminya tapi akan aku usahakan demi mendapat keredhaan Ilahi.

Segala bukti-bukti yang dibentangkan oleh Prof Madya Dr Arif sangat kuat untuk menangkis segala tomahan orang-orang kafir. Sesungguhnya Al-Quran itu kalam Allah. Segala-galanya ada di dalamnya. Kasihan sungguh aku kepada insan-insan yang murtad. Betapa ruginya hidup mereka. Benarlah IMAN tidak boleh diwarisi. Semoga Allah menetapkan hatiku dengan Islam selama-lamanya dan tidak membolak-balikkan kepercayaan aku terhadap agama yang dibawa oleh Rasul-nya. Amin.


Ceramah ‘Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam AL-Quran’ sangat bermakna untuk diri ini yang lemah yang tidak pernah lari dari bertanyakan soalan-soalan yang tidak sepatutnya ditanya. Tetapi hari ini aku yakin dan pasti ISLAM itu agama yang benar. Ucapan syahadah kali ini lebih bermakna dan lebih bersungguh-sungguh. Terima kasih Ya Allah kerna membuka pintu hati yang selama ini tertutup rapat. Semoga pelajar-pelajar SMA Nilai turut merasakan apa yang aku rasakan tadi.

Harap aku diberi peluang untuk mendengar ceramah yang sehebat tadi selepas ini. Insha Allah.

0 comments:

Post a Comment