
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.
Semangat Hijrah ini bukan sahaja ketika menyambut 1 Muharram tetapi ia seharusnya merupakan jalan panjang yang seharusnya dilalui oleh setiap muslim. Peristiwa Hijrah ini mempunyai seribu satu pengajaran. Bersama kita memperingatkan diri betapa Islam itu datang dengan semangat perpaduan. Islam tidak pernah mengasingkan atau datang dengan sistem 'kasta' dalam kehidupan. Semua manusia itu sama yang membezakan mereka hanya ilmu dan amal.
Ingatlah !! Sejarah Hijrah Rasullullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar yang sememangnya berlainan latar belakang malah agama. Tetapi dengan semangat memperjuangkan kebenaran maka dua kaum ini bersatu.
Marilah bersama kita memuhasabah diri bahawa apa yang kita peroleh atas hasil di dunia ini hanyalah setitis daripada rahmatNya yang dituang dalam hati kita. Begitu juga kegagalan dan musibah yang berlaku adalah supaya kita lebih dekat kepadaNya dan bergantung sepenuh pengharapan setelah sebelumnya kita berasa gagah dan hebat menguasai medan kehidupan. Sesungguhnya amalan memuhasabah diri adalah lebih baik daripada ibadat sepanjang malam dalam keadaan hati dibiarkan lalai.
" AHLAN WA SAHLAN 1434H "
Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan taufik dan hidayah bagi membuka lembaran baru kehidupan dan penghijrahan ke arah keredhaanNya.. InsyaAllah
0 comments:
Post a Comment