Pages

Wednesday, 25 July 2012

SEKOLAH KU SAM 10


Nama sekolah kami Sekolah Agama Menengah Hulu Langat yang lebih dikenali sebagaiSAMTEN. Walaupun kami baru menjadi warga samten tahun ini, namun kami sayangkan samten kerana di sinilah tempat kami menuntut ilmu.
                                           
                                               
Sejarah Pertubuhan Sekolah
Dibuka pada 1 Januari 1983 dengan menumpang di Sekolah Rendah Agama Batu 10 selama setahun. Penubuhan sekolah ini adalah di atas permintaan ibu bapa di sekitar kawasan Cheras yang menginginkan anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dalam bidang agama. Pengambilan pelajar hanya 70 orang sahaja iaitu 2 kelas tingkatan 1 kerana bilangan kelas terhad serta tenaga pengajar yang terdiri daripada hanya 4 orang guru sahaja iaitu Ustaz Abd Manaf b Rofaie , Ustazah Jamaliah bt Mustapha , Cikgu Joseph dan Cikgu Siti Zubiadah bt Abu Suhot.
      Pada tahun 1984, Sekolah Agama Menengah Hulu Langat telah berpindah ke Sekolah Rendah Agama Batu 9 kerana pertambahan pelajar yang meningkat walaupun dalam keadaan yang masih kurang selesa untuk pengajaran dan pembelajaran disebabkan keadaan persekitaran yang bising dan sibuk.
       Berdasarkan sambutan yang diberikan oleh masyarakat dan ketiadaan sekolah agama peringkat menengah di daerah ini, kerajaan Negeri Selangor melalui melalui Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) telah mempercepatkan pembinaan sekolah dengan peruntukan sebanyak RM5 juta. Kerja pembinaan bermula pada tahun 1986 dengan pembinaan 2 blok bangunan sekolah ,dewan dan asrama di tapak berbukit dengan lanskap yang menarik. Kerja-kerja pembinaan siap pada tahun 1991 setelah tergendala selama beberapa tahun. Peringkat awal pentadbiran sekolah adalah di bawah pentadbiran ahli Lembaga Pengelola Sekolah iaitu di bawah kelolaan Ustaz Abd Manaf b Rofaie. Logo dan lencana sekolah telah direka atas inisiatif seorang guru berilhamkan idea negeri Selangor.
      Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran ( SRP ) bermula pada tahun 1985 dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) menyusul 2 tahun kemudian iaitu pada tahun 1987 . Pada peringkat awal, sekolah ini tidak memberi saingan yang kuat kepada sekolah-sekolah lain di daerah ini tetapi pencapaiannya semakin meningkat dari tahun ke tahun dan bilangan pelajar juga semakin bertambah.
      Hari ini , dengan kepadatan jumlah pelajar hampir 900 orang bersama barisan tenaga pendidik berjumlah 60 orang , SAM Hulu langat terus melangkah ke hadapan memacu dan mengungguli kecemerlangan demi kecemerlangan hingga ke peringkat kebangsaan samada dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sehingga tersenarai sebagai 5 buah sekolah terbaik JAIS dalam negeri Selangor daripada 25 buah sekolah yang lain.

 Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".
Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

0 comments:

Post a Comment