Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W dan keluarganya.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Sebentar tadi saya membaca entri-entri di sebuah blog yang baru saya temui hasil carian di Google mengenai ayat-ayat Al-Quran.
Sangat menarik isi kandungan blog saudara Yaqut Hulaif. Hati terkesan dengan sebuah entri yang bertajuk "Menulislah Kerana Allah: Penyentap Iman".
Entri ini memberi satu suntikan semangat baru dalam meneruskan penulisan walaupun gaya bahasa yang entah apa-apa. Hendak berdakwah tidak pandai dan arif dalam hal-hal agama. Jadi, diri ini sekadar menulis apa yang termampu. Apa yang penting ialah "Menulis kerana Allah."
Hati sangat suka dengan persamaan yang dibentangkan di dalam entri saudara Yaqut Hulaif:
Artikel menarik = sentuhan gaya bahasa mantap + penyusunan ayat/membuat persamaan + gambar dengan captionbersesuaian.
Baca + baca + baca dan tulis = Artikel agung
Penulisan - Pembacaan - Penyampaian /Perkongsian = Dakwah Islam terus berjalan.
Setelah memahami dan menghadam persamaan-persamaan ini, saya rasa begitu lemah sekali dalam menulis sesuatu yang bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang membaca entri di blog ini.
Mungkin kerana kelemahan pengetahuan saya mengenai Islam? Atau hati saya ini sudah gelap dan kelam dengan dosa-dosa?
Teringat dengan kata-kata Pn Wan semasa Bengkel Membangun Penulis Muda. Beliau meminta para penulis untuk menulis sesuatu karya yang bermesejkan dakwah Islam.
Saya kurang pasti mampukah saya menghasilkan karya/hasil penulisan seperti sahabat-sahabat saya dan penulis dakwah yang hebat?
Saya patut bertanyakan kondisi iman saya sekarang.

0 comments:
Post a Comment