Pages

Sunday, 23 September 2012

my best friend


Saturday, 22 September 2012

Kerdilnya Diri Ini


Subhanaallah. Maha Suci Allah yang menciptakan segala kejadian dengan kuasa-Nya yang tidak terjangkau dek akal fikiran manusia.

Betapa indahnya ciptaan-Mu wahai Tuhanku. Betapa hebat kuasa-Mu. Sesungguhnya aku amat bersyukur kerna Kau memberi peluang kepada diriku yang hina ini untuk merasakan betapa hebatnya anugerah-Mu yang tidak pernah aku sedari selama ini. Sungguh takjub aku rasakan apabila mengetahui kehebatan dan mukjizat Al-Quran itu. Tidak pernah aku sangka susunan surah-surah Al-Quran membentuk kalimah ALLAH dan MUHAMMAD. Subhanallah! Ajaib sungguh susunan surah-surah Al-Quran. Mengalir airmata ini semasa aku menyaksikan bukti-bukti kehebatan-Mu, Ya Allah. Tidak tertahan rasanya sebak di dada.Aku berasa amat kerdil sekali. Betapa hina dan dangkalnya aku selama ini.

Benar kata-kata Prof. Madya Dr Afif Haji Kosmo. Selama ini aku hanya membaca Al-Quran untuk mendapatkan pahala bukannya ilmu. Bodoh sungguh aku tidak mengkaji isi-isinya. Masih tidak terlambat rasanya untuk aku mula membaca dan memahami tafsirannya. Insha Allah akan aku cuba sedaya upaya untuk mendapatkan ilmu-Nya. Mungkin akal pemikiran aku cetek untuk memahaminya tapi akan aku usahakan demi mendapat keredhaan Ilahi.

Segala bukti-bukti yang dibentangkan oleh Prof Madya Dr Arif sangat kuat untuk menangkis segala tomahan orang-orang kafir. Sesungguhnya Al-Quran itu kalam Allah. Segala-galanya ada di dalamnya. Kasihan sungguh aku kepada insan-insan yang murtad. Betapa ruginya hidup mereka. Benarlah IMAN tidak boleh diwarisi. Semoga Allah menetapkan hatiku dengan Islam selama-lamanya dan tidak membolak-balikkan kepercayaan aku terhadap agama yang dibawa oleh Rasul-nya. Amin.


Ceramah ‘Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam AL-Quran’ sangat bermakna untuk diri ini yang lemah yang tidak pernah lari dari bertanyakan soalan-soalan yang tidak sepatutnya ditanya. Tetapi hari ini aku yakin dan pasti ISLAM itu agama yang benar. Ucapan syahadah kali ini lebih bermakna dan lebih bersungguh-sungguh. Terima kasih Ya Allah kerna membuka pintu hati yang selama ini tertutup rapat. Semoga pelajar-pelajar SMA Nilai turut merasakan apa yang aku rasakan tadi.

Harap aku diberi peluang untuk mendengar ceramah yang sehebat tadi selepas ini. Insha Allah.

Friday, 21 September 2012

Aku Hanya Manusia Biasa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W dan keluarganya. 

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Hanya sekadar luahan hati sahaja. 


Selalu terfikir-fikir selepas habis kelas.


"Kenapa aku marah-marah budak-budak (pelajar) ni? Dah cakap kat diri jangan marah-marah. Cool je."



Setiap kali masuk kelas mesti pesan dengan diri supaya jangan naik angin, marah-marah. Istighfar bila rasa-rasa nak naik angin atau lebih baik diam sahaja.



Tapi end up marah juga pelajar.



Bukan sengaja atau suka-suka hendak marah tapi mengenangkan masa depan mereka, terpaksa guna metod ini dengan harapan mereka sedar kesilapan mereka. Sudah pasti metod yang saya gunakan salah. Tapi saya hanya manusia biasa yang punyai emosi. Bukan mudah untuk saya mengawal perasaan seperti orang lain. Saya tidak seperti seorang sahabat saya yang sudah berjaya menjadi guru. Pandai dan bijak mendekati pelajarnya supaya mereka sayang kepada dia. Saya masih lagi bertatih untuk menjadi seorang guru. Bila ada orang yang memandang rendah kepada guru, enggan mendengar apa yang disuruh lakukakan rasa seperti tidak dihargai.

Acap kali learning objective saya tidak kesampaian. Silap saya juga, sesi P&P membosankan. Saya sebenarnya sudah menyediakan aktiviti yang menarik yang hendak dilakukan semasa sesi P&P tetapi selalu sangat tidak menjadi atau tidak sempat untuk dijalankan.

Seperti yang sering saya baca statusnya mengenai guru harus melihat pelajar itu seperti kain putih. Jangan hanya kerana setompok kotoran, seluruh kain putih itu diabaikan.

Mungkin saya tidak layak menjadi GURU atau lebih tepat PENDIDIK.




(I wonder, should I change my profession?)

Wednesday, 19 September 2012

Sahabat & Makna Persahabatan


Makna utk sebuah perhabatan .......khas untk sahabat saya 
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..
Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..
RENUNGILAH…
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.

Thursday, 6 September 2012

Berdiam diri lebih baik dari berkata-kata kosong



Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Didunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t.Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersuah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepadaorang
6. Istirehat bagi kedua malaikatpencatat amal
7. Menutupi segala aibHadis-hadis Rasullullah mengenaikelebihan diam yang bermaksud:
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.Dan barangsiapa yang banyak dosanya,nescaya neraka lebih utama baginya"(Riwayat Abu Naim)
"Barangsiapa yang beriman kepada Allahdan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (RiwayatBukhari & Muslim)
"Barangsiapa diam maka ia terlepasdari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)
BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP. MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH,TIDAKSALAH.YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A,Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat... "Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu ... kerna senyum itu adalah satu sedekah ..Insya'AllahWasalam... .


daripada :cetusan pena

Kenali Potensi Diri



Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap hambaNya akan dikurniakan kelebihan dan kebaikan yang berbeza dan bertahap. Justeru, perlu bagi kita untuk mencari kelebihan dan kebaikan itu untuk dimanfaatkan. Samada untuk diri sendiri atau kepada manusia yang berada di sekelilingnya.
Demikianlah juga dengan potensi diri yang ada pada diri. Perlu digali dan dikaji. Semakin ia dikaji maka semakin pula kita mudah mengenali dan memahami diri kita sendiri. Semakin kita memahami diri sendiri, insyaAllah kita akan dapat membantu insan di sekeliling kita untuk mengetahui dan mengenal potensi diri mereka pula. Seterusnya akan dapat mengubah diri kita dan orang lain ke arah yang lebih baik.
Kesimpulannya, berjaya atau tidak terletak pada diri sendiri berserta dengan izin daripada Allah SWT. Seandainya potensi diri sendiri diyakini dan disertai dengan kegigihan tanpa mengenal erti susah payah, kejayaan yang didambakan pasti menjadi kenyataan. Demikianlah pepatah arab ada mengatakan,
"Sesiapa yang bersungguh-sungguh, maka dia akan berjaya"
Wallahua'lam.