Allah SWT selesai menciptakan Jibril as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).Setelah itu Jibril as memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak” Kemudian Jibril as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.Setelah selesai Jibril as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibril, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari sholatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.“Kemudian Jibril as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?“Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…“Kemudian Jibril as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibril as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibril as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibril as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?“Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibril, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .”MasyaAllah….kerana solat dua rakaat, imbalannya cukup besar..adakah kita mahu melepaskan peluang itu?Begitu kasih dan besar rahmat Allah pada hamba-hambaNya..beruntung bagi mereka yang menyucikan diri dan rugilah bagi mereka yg mengotorinya….Sayangnya Allah pada kita umat Nabi Muhammad…Nabi Akhir Zaman….Nabi kesayangan kita….. wallahualam…
Pages
:::BICARA HATI:::
TRANSILANKAN DIRI UNTUK MELAKAR SATU HARAPAN........!!!!
Wednesday, 13 February 2013
Kisah Perbualan Antara Allah Dan Jibril A.S
Apa Kata Tokoh Barat Pada Islam ?
William Ewart Gladstone ( 1809 – 1898 ) – mantan PM Britain zaman Queen Victoria “selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini”. – ( ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur’an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan )
Theodore Hertzel – pencetus idea penubuhan negara Yahudi ( tulis buku Negara Yahudi : 1895 ) “misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran – ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897.
Lord Cromer – Gubernor Inggeris di Mesir & Sudan telah menulis ” bahawasanya tanah jahan yang diberi kemerdekaan itu perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat ”
Ucapan musuh Islam (Komunis): “ sesungguhnya agama adalah candu ( khayal / mabuk ) kepada masyarakat serta merupakan sebab kepada kemunduran dan kelemahannya.”
Paderi Simon: “ sesungguhnya kesatuan Islam dapat memadukan cita-cita masyarakat Islam serta dapat membantu mereka mengelak diri daripada penguasaan Eropah…lantaran itu, kita mestilah mengalihkan tumpuan orang Islam daripada kesatuan mereka melalui Kristianisasi.”
Lornis Brown: “ apabila orang Islam bersatu di bawah empayar Arab, maka ia boleh menjadi satu malapetaka dan bahaya kepada dunia. Adapun jika mereka kekal dalam perpecahan, maka ketika itu mereka tiada nilai dan tidak memberikan kesan kepada sesiapa. Umat Arab dan umat Islam mestilah terus berpecah belah supaya mereka terus kekal tanpa kekuatan dan autoriti.”
Arnold Twenbey menulis dalam bukunya, Islam, Barat dan Masa Depan: “ sesungguhnya kesatuan Islam sedang tidur. Tetapi kita mesti meletakkan di bawah perkiraan kita bahawa, orang yang tidur boleh jadi akan bangkit.”
Moro Byjer menulis dalam bukunya, Dunia Arab Masa Kini: “ telah sabit (tetap) dari segi sejarah bahawa, kekuatan Arab bererti kekuatan Islam. Maka mereka hendaklah dihancurkan supaya dengan kehancuran mereka, Islam akan turut hancur.”
W.K Smith – orientalis Amerika yang mahir dalam hal ehwal Pakistan: “ apabila orang Islam diberikan kebebasan di dunia Islam serta hidup dibawah system demokrasi , maka sesungguhnya Islam akan mendapat kemenangan di Negara-negara tersebut. Hanya dengan cara diktator sahaja yang boleh memisahkan antara umat Islam dan agamanya.”
Samuel Zweimer – Ketua Organisasi Kristian dalam satu ucapannya dihadapan para orientalis di sebuah konvensyen: “ sesungguhnya peranan Kristianisasi yang menyebabkan Negara-negara Krsitian mengutus kamu untuk melaksanakannya di Negara-negara Muhammad (Negara umat Islam) bukanlah untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Krsitian. Sesungguhnya ini adalah kemuliaan yang mereka tidak berhak untuknya. Sesungguhnya peranan kamu ialah mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam supaya ia menjadi satu makhluk yang tiada hubungan yang mengikatnya dengan akhlak yang menjadi pegangan semua ummah dalam kehidupannya. Dengan aktiviti kamu yang sebegini, maka kamu telah membentuk tinjauan pra penjajahan di dalam kerajaan-kerajaan Islam. Kamu telah mempersiapkan ramai orang bijak pandai dalam kerajaan –kerajaan Islam bagi menyanggupi perjalanan di atas jalan yang telah kamu rintiskannya, iaitu jalan mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam.
Sesungguhnya kami mahu kamu mempersiapkan satu generasi yang selari dengan apa yang dikehendaki oleh penjajahan iaitu generasi yang tidak mengambil berat terhadap perkara-perkara yang besar, suka bersantai dan malas serta berusaha untuk mencapai kepuasan syahwat dengan apa cara pun. Apabila ia mengumpul wang, maka ianya untuk (melayani) kehendak hawa nafsunya dan ianya menjadi matlamatnya dalam kehidupan. Ia memperelokkan setiap benda demi memuaskan nafsunya.
Wahai para penyebar Kristian, apabila kamu lakukan perkara demikian, maka sesungguhnya peranan kamu itu telah sempurna dengan sebaik-baik cara.”
Ibn Glorion: “ sesungguhnya perkara yang paling ditakuti yang kami bimbangkannya ialah kembalinya Muhammad s.a.w baru dipersada Arab.”
Dr. Castro – pemimpin sosialis Cuba mengutarakan sebuah nasihat kepada ahli-ahli diplomatik Israel dengan meluangkan masanya selama 2 jam sebagaimana yang terdapat dalam akhbar Grama, Cuba. Di dalam majalah utama Cuba, Castro berkata kepada mereka: “ Israel mestilah tidak membiarkan gerakan perjuangan Palestin yang mengambil rupa (dasar) Islam kerana tindakan gerakan-gerakan ini mengambil karakter aqidah dan menjadikannya unggun api semangat yang biasanya kedapatan dalam masyarakat Islam. Semangat keagamaan Arab ini akan memikat pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain yang seterusnya akan menyebabkan mustahil bagi Israel untuk menjaga entitinya.


Israel juga mesti berusaha untuk menjadikan setiap Negara Arab disekitarnya sebagai Negara yang berpaksikan dasar sosialis. Sesungguhnya pusingan terakhir bagi mana-mana gerakan penentangan Arab yang mempunyai ciri-ciri sosialis ialah kewujudan bersama Arab yang aman bersama Negara sosialis Israel.”
Callaghan – bekas PM Britain menggambarkan ketakutannya terhadap aqidah Islam yang berleluasa di Britain dimana radio Britain telah mengadakan wawancara pada tahun sebelumnya bersama bekas PM Britain tersebut. Juru hebah bertanya beliau tentang topic-topik penting yang akan dibincangkan di konvensyen empat penjuru Guidelope. Jawabnya: “ di antara topik-topik tersebut adalah tentang Iran…” sambil menyambung katanya kepada juru hebah tersebut: “ persoalan Iran mempunyai akar umbi yang dalam. Akar umbi itu yang menyebabkan kita membuat kajian tentang keadaan Turki, Pakistan dan Timur Tengah.”
Lalu juru hebah meminta beliau menambahkan penjelasannya. Jawabnya secara ringkas: “ boleh jadi payah untuk kamu memahami apa yang berlegar di kawasan-kawasan ini. Tetapi sebagai seorang pengamal Kristian yang patuh, maka saya katakan kepada kamu: sesungguhnya di sana terdapat aqidah yang memusuhi kita di sini yang dirasakan dan diketahui benar-benar oleh penganut Krsitian tulen. Inilah apa yang akan kami bincangkan dalam konvensyen tersebut”.
Jewish Cronical – majalah Yahudi Britain mengingatkan tentang kebangkitan pemuda-pemuda Islam, lebih-lebih lagi di university-universiti Arab dan Islam. Katanya dalam rencana bertajuk Jihad Pada Jalan Islam: “ pakar-pakar strategi politik Barat akan memperakui kekurangan analisis politik mereka jika mereka membiarkan seruan-seruan yang semakin meningkat yang dihadapi oleh akademi-akademi dan universiti-universiti tempatan di dalam dunia Islam, seperti dibuat semakan terhadap manfaat beragama dan kembali kepada pengajaran Islam yang asas.”
Kimon – orientalis Perancis menulis dalam bukunya Pathologi Islam: “ saya berpendapat bahawa rukun Islam yang lima mestilah dimusnahkan serta menghapuskan yang lainnya dengan kerja-kerja berat, menghancurkan Ka’abah serta meletakkan Muhammad dan jasadnya di Muzium Lyrther.”
Philip Fondasy – menulis dalam bukunya Penjajahan Perancis di Afrika Hitam: “ amat penting bagi Perancis untuk menentang Islam di alam ini serta mewujudkan politik permusuhan terhadapnya, juga berusaha sekurang-kurangnya untuk menghentikan perkembangannya.”
Lawrence Brown – “ pemimpin-pemimpin kita menakut-nakutkan kita dengan pelbagai bangsa. Tetapi selepas eksperimen, kita tidak dapati rasionalnya terhadap ketakutan-ketakutan tersebut. Mereka menakut-nakutkan kita dengan bahaya Yahudi, Jepun dan Bolshevik, tetapi ternyata kepada kita bahawa Yahudi adalah kawan-kawan kita, Komunis Bolshevik adalah konfiderasi kita, manakala Jepun pula, terdapat Negara-negara besar demokrasi yang menguruskan penentangannya. Tetapi kami dapati bahawa bahaya sebenar terhadap kita terdapat dalam Islam, dalam kekuatannya untuk berkembang serta menguasai dan dalam ketahanannya yang menggerunkan.”
Morro Byger menulis dalam bukunya Dunia Arab Masa Kini: “ sesungguhnya ketakutan kita terhadap umat Arab dan perhatian kita terhadap mereka bukanlah lahir daripada kewujudan petrol yang banyak pada mereka. Bahkan kerana sebab Islam. Wajiblah memerangi Islam bagi menghalang kesatuan Arab yang soleh yang boleh membawa kepada kekuatan mereka, kerana kekuatan Arab akan sentiasa beriringan dengan kekuatan Islam, kemuliaannya dan perkembangannya.”
Pemimpin Tertinggi Freemason: “ kita hendaklah menguasi golongan wanita. Apabila kita berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka dengan perkara-perkara yang haram. Kita juga hendaklah memisahkan pasukan tentera mereka daripada agama.”
Pemimpin Tertinggi Imprealis: “ arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan ummat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik.”
Karl Marx – pengasas ideology sosialis ketika ditanya tentang pengganti kepada aqidah ketuhanan, beliau menjawab: “ penggantinya ialah teater (panggung drama dan filem) , maka palingkan mereka yang sibuk dengan amalan kerohanian kearah pementasan drama.”
Miyen – seorang pemimpin di Burma: “ jangan biarkan orang-orang Islam bebas bergerak kerana mereka akan membangunkan kembali kerajaan Arab (kerajaan Islam).”
10 Rancangan Kuffar Hancurkan Islam
1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
2) Menghapuskan Al-Qur’an.
3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
6) Lemahkan bangsa Arab.
7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.
8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.
1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
2) Menghapuskan Al-Qur’an.
3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
6) Lemahkan bangsa Arab.
7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.
8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.
Fikirkan…
Wednesday, 12 December 2012
Tlg Ingatkan Yang Lain
~* Ramai LELAKI bertanya, masih adakah wanita solehah di zaman ini?
~* Dan ramai WANITA bertanya, masih adakah lelaki soleh di era ini?
Kenapa tidak bertanya, sudahkah diri sendiri BERUSAHA menjadi soleh dan solehah? Kerana jika kita sudah berusaha menjadi soleh dan solehah, maka kita akan YAKIN bahawa yang soleh dan solehah itu masih wujud..
~* Dan ramai WANITA bertanya, masih adakah lelaki soleh di era ini?
Kenapa tidak bertanya, sudahkah diri sendiri BERUSAHA menjadi soleh dan solehah? Kerana jika kita sudah berusaha menjadi soleh dan solehah, maka kita akan YAKIN bahawa yang soleh dan solehah itu masih wujud..
Muhasabah diri ♥
Wednesday, 21 November 2012
Ya Allah..selamatkanlah saudara-saudaraku di bumi Palestin
Ya..Allah ya tuhanku..yang mendengar segala luahan hati hamba-hambanya, yang mengetahui kesengsaraan umatnya yang ditindas..sesungguhnya Ya Allah aku memohon kepadamu agar saudara-saudaraku di bumi Palestin terselamat dari penindasan bangsa Israel Laknatullah.
Ya, Allah kupanjatkan doaku kepadamu, berikanlah kekuatan, kesabaran dan semangat kepada saudara-saudaraku di sana untuk menentang segala kekejaman dan kejahatan yang dilemparkan kepadanya. Ya Allah kau berikanlan balasan yang setimpal kepada bangsa bangsa yang cuba membantu manghancurkan islam. Kutitipkan kesedihan setiap kali melihat anak kecil , wanita dan orang tua yang tidak berdaya dibedil..Apakah dosa mereka..Ya..Allah kau satukanlah hati kami, umat islam sedunia untuk mebantu saudara-saudara kami,berikanlah jua kami kekuatan untuk membantu mereka yang ditindas yahudi.Sesungguhnya Ya, Allah, janganlah engkau palingkan hati kami dari mengkhianatimu dan melupakan kebesaranmu, sesungguhnya, engkaulah yang menciptakan kami, dan engkau jualah yang berhak ke atas kami.
Selamatkanlah BUMI PALESTIN, SAUDARA-SAUDARA ISLAMKU
DI SANA. MUSNAHKANLAH BANGSA YAHUDI LAKNATULLAH DAN YANG BERSEKUTU
DENGANNYA...Selamatkanlah BANGSAKU,AGAMAKU......ISLAM.. ALLAHHUAKHBAR.........
Monday, 19 November 2012

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.
Semangat Hijrah ini bukan sahaja ketika menyambut 1 Muharram tetapi ia seharusnya merupakan jalan panjang yang seharusnya dilalui oleh setiap muslim. Peristiwa Hijrah ini mempunyai seribu satu pengajaran. Bersama kita memperingatkan diri betapa Islam itu datang dengan semangat perpaduan. Islam tidak pernah mengasingkan atau datang dengan sistem 'kasta' dalam kehidupan. Semua manusia itu sama yang membezakan mereka hanya ilmu dan amal.
Ingatlah !! Sejarah Hijrah Rasullullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar yang sememangnya berlainan latar belakang malah agama. Tetapi dengan semangat memperjuangkan kebenaran maka dua kaum ini bersatu.
Marilah bersama kita memuhasabah diri bahawa apa yang kita peroleh atas hasil di dunia ini hanyalah setitis daripada rahmatNya yang dituang dalam hati kita. Begitu juga kegagalan dan musibah yang berlaku adalah supaya kita lebih dekat kepadaNya dan bergantung sepenuh pengharapan setelah sebelumnya kita berasa gagah dan hebat menguasai medan kehidupan. Sesungguhnya amalan memuhasabah diri adalah lebih baik daripada ibadat sepanjang malam dalam keadaan hati dibiarkan lalai.
" AHLAN WA SAHLAN 1434H "
Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan taufik dan hidayah bagi membuka lembaran baru kehidupan dan penghijrahan ke arah keredhaanNya.. InsyaAllah
Monday, 12 November 2012
Monolog Sekeping Hati: Menulislah Kerana Allah S.W.T
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W dan keluarganya.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Sebentar tadi saya membaca entri-entri di sebuah blog yang baru saya temui hasil carian di Google mengenai ayat-ayat Al-Quran.
Sangat menarik isi kandungan blog saudara Yaqut Hulaif. Hati terkesan dengan sebuah entri yang bertajuk "Menulislah Kerana Allah: Penyentap Iman".
Entri ini memberi satu suntikan semangat baru dalam meneruskan penulisan walaupun gaya bahasa yang entah apa-apa. Hendak berdakwah tidak pandai dan arif dalam hal-hal agama. Jadi, diri ini sekadar menulis apa yang termampu. Apa yang penting ialah "Menulis kerana Allah."
Hati sangat suka dengan persamaan yang dibentangkan di dalam entri saudara Yaqut Hulaif:
Artikel menarik = sentuhan gaya bahasa mantap + penyusunan ayat/membuat persamaan + gambar dengan captionbersesuaian.
Baca + baca + baca dan tulis = Artikel agung
Penulisan - Pembacaan - Penyampaian /Perkongsian = Dakwah Islam terus berjalan.
Setelah memahami dan menghadam persamaan-persamaan ini, saya rasa begitu lemah sekali dalam menulis sesuatu yang bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang membaca entri di blog ini.
Mungkin kerana kelemahan pengetahuan saya mengenai Islam? Atau hati saya ini sudah gelap dan kelam dengan dosa-dosa?
Teringat dengan kata-kata Pn Wan semasa Bengkel Membangun Penulis Muda. Beliau meminta para penulis untuk menulis sesuatu karya yang bermesejkan dakwah Islam.
Saya kurang pasti mampukah saya menghasilkan karya/hasil penulisan seperti sahabat-sahabat saya dan penulis dakwah yang hebat?
Saya patut bertanyakan kondisi iman saya sekarang.

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini.Segala salah dan silap anggaplah itu sebagai kelemahan saya.Aku hanya seorang hamba ALLAH yang mencari-cari sinar cahaya dan keredhaan-Nya. Kadangkala aku sering tersesat,teraba-raba dalam kegelapan. Namun, aku pasti akan ada 'matahari' yang akan menerangi hidupku. Aku ingin menjadi seorang hamba yang disayangi-Nya.
Popular Posts
-
Pengawas dan pelajar sekolah adalah dua entiti yang kebiasaannya tidak seia sekata sehati berdansa serasi bersama. Sebagai rakyat Malaysia s...
-
hmmmm panasnye hari ni........bahang gile.....rasa nak keluar rumah pun malas......kerja sekolah bertimbun....aduh......rasanya hari ni mala...
-
Isnin ni nak periksa pertengahan tahun. Berdebar jugak sebab ada yg belum hafal lagi. Form saya (yakni form1) periksa agak berbeza drpd form...
-
Asssalamualaikum.. Sebenarnya, saya ada **** 10% pada seseorang. Tapi saya pendamlah. Tak nak share rahsia ni dengan sesiapa. Setiap hari...
-
Upgrade tadarus...instal sabar....delete dosa....search pahala....upload qiamulail......download rahmat k do the best!!! 4r next year selama...
-
~* Ramai LELAKI bertanya, masih adakah wanita solehah di zaman ini? ~* Dan ramai WANITA bertanya, masih adakah lelaki soleh di era ini? Ken...
-
hmmmmmm... setiap kali bulan ramadhan je ..... hari pertama je orang ramai pergi solat terawih...... bukan main lagi pakai hensem hensem ......
-
Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah... Hari ini ialah 1 Ramadan.. Hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam.. Saya ingin me...
-
Nama sekolah kami Sekolah Agama Menengah Hulu Langat yang lebih dikenali sebagai SAMTEN . Walaupun kami baru menjadi warga samten tahun ...
-
Allah SWT selesai menciptakan Jibril as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap...
Blog Archive
ASSALAMUALAIKUM
Blog ini menjadi 'teman' tempat meluahkan ceritera hati, dan tempat saya berkongsi ilmu atau sekadar mengingati antara satu sama lain..dan juga berkongsi pengalaman yang ada
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Nama sekolah kami Sekolah Agama Menengah Hulu Langat yang lebih dikenali sebagai SAMTEN . Walaupun kami baru menjadi warga samten tahun ...
-
Pengawas dan pelajar sekolah adalah dua entiti yang kebiasaannya tidak seia sekata sehati berdansa serasi bersama. Sebagai rakyat Malaysia s...
-
wahai pahlawan-pahlawan pelajar PMR di samten sekalian, adakah kamu semua sudah bersedia untuk bertempur di medan peperangan ? sudahkan an...
-
Makna utk sebuah perhabatan .......khas untk sahabat saya Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, Kecuali diri sendiri….. Tetapi…...
-
Ya..Allah ya tuhanku..yang mendengar segala luahan hati hamba-hambanya, yang mengetahui kesengsaraan umatnya yang ditindas..sesungguhny...
-
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya,...
-
William Ewart Gladstone ( 1809 – 1898 ) – mantan PM Britain zaman Queen Victoria “selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ...
-
Isnin ni nak periksa pertengahan tahun. Berdebar jugak sebab ada yg belum hafal lagi. Form saya (yakni form1) periksa agak berbeza drpd form...
-
Subhanaallah. Maha Suci Allah yang menciptakan segala kejadian dengan kuasa-Nya yang tidak terjangkau dek akal fikiran manusia. Betapa...
-
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W dan keluarganya. Assalamua...
Tentang Saya
- muhd danish hazizi
- Nama saya Danish Hazizi.Lahir pada 19 SEPTEMBER 1999. Belajar di SAMTEN. saya minat membaca.
Blogger news
Blogroll