Kadang2 saya terasa nak mengeluh,kadang dah mengeluh..fikirkan kenapa, kenapa tak habis-habis..mencari sebab kenapa..kenapa berlakunya peristiwa2 itu ini dalam hidup..sebab selagi tak berjumpa sebabnya saya akan terus berfikir dan fikir..sebab setiap apa yang berlaku pasti ada sebab,dan hikmah di sebaliknya..Selagi tak berjumpa sebabnya,saya terus2 fikirkan tentangnya..penat juga kadang2 tu..:senyum:..
Bila saya dengar tazkirah Ustaz Pahrol Juoi tentang Tujuan Hidup..membuatkan saya terfikir..adakah arah,tujuan hidup saya dah tercapai..saya rasa masih belum..ok..tapi adakah hidup saya dah terarah ke jalan yang betul,jalan yang benar..tidak akan tersasar..
Sibuk-sibuk berfikir tentang sudahke belum mencapai sasaran tujuan hidup ini,tapi terlupa yang lebih penting adakah arah hidup itu dah betul..bila arah dah betul,hala tuju yang betul,tidak kiralah apa hasilnya,Allah tidak akan melupakan yang kita pernah berusaha ke arah itu..
Berjalan ke arah itu..
Jika seseorang berdakwah,namun masih tak berjaya memperbaiki orang di sekitarnya..jangan kata asyik menyalahkan orang tidak mendapat hidayah..boleh juga cara kita tidak tepat,tidak berjaya untuk sampai mesej yang ingin disampaikan,untuk mempengaruhi orang lain..
Jadi dengan menggunakan daya yang maksimum,kebolehan yang ada pada diri,kita cuba menggunakan pelbagai cara,alternatif dalam usaha kita..mudah-mudahan dengan sifat kita yang tidak mudah mengalah itu dengan izin Allah mereka akan terpukul jua dan kembali kepada fitrah Islam..
Menghambakan diri
Kita kena sentiasa rasa berdosa..dengan perasaan sebegitu menguatkan kehambaan kita,kebergantungan kita kepada Allah..yang kita sentiasa mengharapkan keampunan dari-NYA..Sedangkan Rasulullah yang maksum itu banyak bertaubat,inikan pula kita yang tidak lepas2 melakukan dosa..
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali" (Hadis Riwayat Muslim).
Apa-apa pun, jangan putus asa..pengharapan dan ketakutan itu perlu selaras dan seimbang..
Peringatan kepada diri saya..supaya sentiasa terus-menerus berjalan ke arah tujuan hidup yang betul dan tidak berputus asa.. -)